tinggalkan link anda di sina ya..senang mau jenguk :)

penjejak

06 December 2010

- Ku ingin gapai bintang untukmu -

TEKAN INI JIKA TIDAK DIMANKAN SECARA AUTO



-KU INGIN GAPAI BINTANG UNTUKMU-


           Pagi itu sungguh suram.. Keseluruhan blok warga aspuri kelihatan gelap.. Pasti mereka masih lagi diulit mimpi yang indah.. Ada juga yang sudah siap sedia celik dan mula melakukan beberapa persiapan sebelum berangkat ke sekolah..

“Kring!”
        
            Bunyi jam loceng membingitkan suasana pada pagi itu.. Namun, tiada siapa yang mengendahkan deringan tersebut.. Bak kata pepatah melayu “Alah Bisa Tegal Biasa”.. Mereka seperti sudah biasa akan keadaan begitu. Akan tetapi, setiap deringan jam loceng itu amat bermakna buat Narisa. Hal ini demikian kerana, dia sudah biasa dikejutkan dengan deringan jam loceng..

      Dengan lemah longlai, Narisa bangkit dan mengambil segala barang peribadinya dalam lokarnya.. Kemudian dia terus ke bilik air dengan tujuan ingin membersihkan diri.. Selepas itu, dia akan mengejutkan semua ahli dormnya yang lain..

“Lia,bangun..Dah nak pukul 6 ni,” Kejut Nadia.
“Mir, bangun,” Kejutnya.

    Begitulah rutin harian Narisa. Mengejutkan seluruh ahli dorm untuk menunaikan solat subuh.. Sebelum turun, Narisa akan pastikan yang dia memakai pakaian seragam sekolah dan membawa beg sekolahnya sekali.... Selepas menunaikan solat subuh, pelajar aspuri  akan disajikan dengan sarapan pagi yang mengenyangkan...

   
“wah! Sedap betullah menu kita hari ni, “kata salah seorang sahabatnya.
“ ya, betul tu,”sahut narisa sambil tersenyum.

  Narisa atau nama penuhnya Nur Alia Narisa bt. Abd. Kassim. Dia merupakan anak ke-3 dalam keluarganya.. Kulitnya seputih awan dan rambutnya hitam seperti malam yang gelap.. Kulitnya teralu mulus. Gadis kecil molek ini memang terkenal dan amat disayangi oleh guru-guru di sekolahanya. Siapa sangka, tubuh sekecil ini merangkul penyakit yang terlampau berat iaitu “Jantung Berlubang”.

    Pagi itu, perhimpunan berjalan dengan lancar sekali. Narisa seorang pelajar yang periang dalam kelasnya. Kini dia salah seorang pelajar dalam Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Jempol (SBPIJ). Cita-citanya ingin menjadi seorang doktor kelak.

    Pada suatu hari, Narisa membuka diarinya da melihat foto-foto lamanya bersama kawan karibnya, Nadia. Sedang dia merenung kisah silam, dia teringat akan pengorbanan Nadia satu ketika dahulu...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nadia atau nama penuhnya Nurul Nadia Afieya bt. Kamarulzaman. Dia seorang gadis yang berkulit hitam manis..Sedap mata memandangnya..Rambutnya lurus seperti ibunya..Nadia tidak pernah sombong dan tidak memilih kawan..

Di alam persekolahan baru... 

“Bangun semua! Selamat pagi cikgu,”Laung ketua kelas.


“Selamat pagi cikgu! “Sambut pelajar yang lain.


“Baiklah , kamu semua boleh duduk,” Kata guru tersebut.
“Terima kasih, cikgu ,”sambut anak muridnya.



     Ketika guru tersebut sedang mengajar , seorang guru membawa seorang murid baru ke kelas 3 Ibnu Sina..

“ Oh, hari ni kita ada pelajar baru , “kata guru itu.

“ Nama saya Narisa, Selamat berkenalan ,”Kata Narisa.

“ Baiklah , kamu duduk di sebelah Nadia ,”kata guru tersebut sambil menunjukkan sebuah bangku yang kosong di sebelah Nadia.





     Apabila setengah jam berlalu, guru lain akan mengantikan untuk mengajar subjek yang lain pula..


“Kring!”

   Loceng rehat berbunyi nyaring..
   Murid-murid bepusu-pusu keluar dan bekejar ke kantin untuk mengisi perut yang kosong.. Akan tetapi, Narisa tidak ke kantin.

      Kemudian , Nadia cuba mendekati gadis kecil molek ini.. Dan dia mula cuba berkenalan dengan Narisa. Pada mulanya , Narisa berasa agak takut.. Tetapi lama-kelamaan tidak lagi..

“Hai Narisa! Saya Nadia , awak orang jempol ke? “Tanya Nadia.

“Hai Nadia , tidaklah ,”Jawab Narisa dalam keadaan yang agak risau.
“ Erm , kenapa awak tak pergi rehat? “ Tanya Nadia.

“Saya tak de teman nak pergi kantin ,”kata Narisa.

“Saya boleh teman awak ke sana kalau awak mahu ,”pelawa Nadia.

“Tak mengapalah..Saya masih kenyang ,”Narisa menolak pelawaan Nadia.

“Ok! Saya pergi dulu ya ,”kata Nadia dalam senyuman.


      Nadia kemudiannya beredar dari situ..Tinggallah Narisa keseorangan di dalam kelas tanpa teman. Narisa berasa teramatlah sunyi. Dia segera mengeluarkan diarinya itu. Diari itulah yang menjadi teman Narisa selama ini. Dia mengeluarkan pena dan mula menulis.

                     
                      Dear Diari,

Hari ini hari pertama saya di sekolah baru..
suasana baru , kelas baru..semua barulah.. 
Tapi satu je yang belum pernah baru-baru..
.TEMAN =(.. Teman? Hard to find.. 
Tapi, saya rasa Nadia tu layak.. 
Tapi saya takut Nadia tak sudi..
Macam mana ye diari?
                                                                                           10.30 a.m 

       Dia menutup dan mengunci diarinya itu sebaik-baiknya.. Selang beberapa minit , Nadia muncul dengan membawa bungkusan plastik berisi nugget..

“Hai Narisa ! Buat ape tu?“ Sapa Nadia.

“Hai! Erm..Tak ada apa-apalah,” jawab Narisa.

“Nah, ini untuk awak..Saya tahu awak akan lapar nanti, jadi saya belikan untuk awak satu..makanlah ,”kata Nadia. 

“Terima kasih ,”Ucap Narisa     

        Narisa menjamah makanan itu dengan sopan..Nadia hanya melihat sambil tersenyum apabila melihat gelagat Narisa ketika makan..Dalam hati Nadia,rupa-rupanya dia mahu Narisa menjadi sahabatnya..Akan tetapi dia tak berani..

   Selepas selama seminggu Narisa berada di situ, dia sudah boleh membiasakan dirinya dengan sekolah dan asramanya..Kini, telah genap seminggu dia digelar pelajar SBPIJ. Dia berasa bangga kerana dipilih.

Hari itu, ketika Cikgu Amiza sedang memberi penerangan subjek matematik Nadia telah memberi Narisa sekeping kertas..Di atasnya tertulis sesuatu..

Narisa,saya nak tanya sesuatu boleh?
                                                             -Nadia-

Narisa mencapai kertas tersebut dan kemudian dia mengeluarkan sekeping kertas yang baru.. Dia kemudian mula menulis...


Narisa : Boleh, apa salahnya.

Nadia  : Tapi, saya takut awak tak sudi.

Narisa : Awak belum katakana lagi, macam mana saya nak menolaknya.

Nadia  : Erm..Macam ni, awak mahu jadi kawan saya? Selama saya duduk           di  sebelah awak, saya belum cakap lagi tentang hal ni..

Narisa : Oh..Sudah tentu saya sudi..

Nadia  : Betul?(katanya dengan sedikit teruja)

Narisa : Ya..sudah tentu..

Nadia  : Terima kasih..

Narisa : tapi la kan, kenapa awak tak cakap terus terang dalam perbualan ye?

Nadia  : Narisa, kitakan tengah belajar ni..kantoi la kalau cikgu tau yang kita ni tengah bercakap..

Narisa : Betul jugak tu..haha..

         Narisa mengambil kertas tersebut dan menyimpan di dalam poket baju sekolahnya..Di saat itu, bermulalah kisah persahabatan mereka.. Nadia seorang gadis yang suka melawak..Kadang-kala, lawak Nadia kena pada tempat..Narisa amat gembira kerana ada teman seperti Nadia..



         Masih segar dalam ingatan Narisa...Dia masih lagi mengingati lagi hadiah yang Nadia beri..Begitu juga Nadia..Narisa menghadiahi Nadia dengan seutas jam..Manakala, Narisa dapat jam loceng daripada Nadia.. Nadia berkata dia beri jam loceng ni sebab Narisa selalu bangun pagi lambat..Narisa amat menghargai pemberian Nadia..



         Akan tetapi, kegembiraan mereka hanya sementara.. Suatu hari, Narisa tiba-tiba menghadapi kesukaran bernafas dan dia dikejarkan di hospital. Nadia tidak mengetahui hal tersebut...Nadia mula menyedari apabila Narisa sudah hampir 3 hari berturut-turut tidak menghadiri ke kelas..Nadia berasa amat pelik dan risau akan keadaan Narisa.Pada hari yang sama, Nadia terus ke bilik guru dan cuba bertanyakan guru kelasnya berkenaa Narisa.


“Cikgu, saya mahu tanya boleh?” Tanya Nadia.

“Ya, boleh..Kamu mahu tanya apa Nadia?”soal gurunya.

“Cikgu tahu mana Narisa pergi? Dah lama dia tak datang..,”kata Nadia dengan gusar..

“Oh..Narisa dia...dia ada di hospital sekarang ni,”kata gurunya dengan berbasa basi..

“Oh..Terima kasih, cikgu,”kata Nadia. 


         Nadia melangkah keluar dari bilik guru dengan langkah yang longlai.. Dia tidak menyangka kawannya ada dia rumah sakit.Dia sedih kerana dia tidak mengetahui keadaan temannya itu..

-----------------------------------------------------------------------------------
    
        Petang itu, Nadia cuba meminta kebenaran wardennya untuk melawat Narisa di hospital..Kebenarannya diluluskan...Nadia berasa gembira..Sesampainya Nadia di hospital, Nadia terus mencari bilik di mana Narisa ditempatkan..Ketika memasuki bilik tersebut, Narisa masih lagi tidur..


“Narisa, bangunlah..Saya ada disini,”Kejut Nadia dengan lembut.

Dengan perlahan Nadia membuka kelopak matanya dengan perlahan... Ketika Narisa membuka matanya,dia tersenyum melihat Nadia melawatnya..


 “Narisa, awak ok?”tanya Nadia.


“Saya ok..Awak jangan risau ya,”kata Narisa lemah.

“Tak..Saya jadi tak tenteram bila tengok keadaan awak yang lemah ni,”kat Nadia dengan hiba.

“Narisa, awak sakit apa sebenarnya? Saya ingin tahu,”Tanya Nadia.

“Ala..Penyakit lama lah Nadia,”jawab Narisa hambar.

“Sakit apa?”Nadia tertanya-tanya.

     Narisa hanya mampu mendiamkan diri.Dia melelapkan matanya untuk menyembunyikan kegusaran hatinya..

     Selang beberapa minit, seorang wanita berumur dalam lingkungan 20-an mendekati Narisa dan memeluknya..Narisa hanya mendiamkan dirinya.. Nadia percaya itu mesti ibu Narisa...Nadia mendekatinya..

“Mak cik,Narisa sakit apa sebenarnya?” tanya Nadia.

“Sebenarnya Narisa sakit...jantung berlubang,” Kata ibu Narisa.

“Betulkah?”Tanya Nadia seakan tidak percaya.

“Ya..Sekarang ni, hidup Narisa kini hanya bergantung kepada para penderama,"kata ibu Narisa sambil teresak..

      Nadia berasa sedih kerana hidup Narisa amat terseksa..Dia segera berlari keluar dari bilik tersebut.. Nadia menangis sepuas hati..Kemudian Nadia berkata sendiri,

"Narisa, saya tak mahu awak lebih terseksa..Saya tahu yang awak perlukan jantung baru..Biar saya saja yang berkorban demi awak..,"getus hatinya 



      Kemudian Nadia berlari mencari telefon awam..Kemudian jarinya menari-nari mendail nombor ibunya..


"Hello,assalamualaikum ibu..ni kakak,"kata Nadia sebaik sahaja ibunya mengangkat telefon.

"Ya kakak..Kakak mahu apa?,"tanya ibunya.

" Kakak mahu kebenaran dari ibu..kakak harap ibu tak menolak,"katanya sambil menyembunyikan kesedihannya.

" Kakak mahu ibu benarkan apa? "tanya ibunya yang sedikit risau.

" Kakak mahu dermakan organ kakak..Kakak tak sanggup tengok kawan kakak terseksa,bu," kata Nadia.

"Ibu..ibu...,"kata ibunya terputus-putus kerana terlalu sebak.

"Ibu, tolonglah..Kakak mohon sangat,"Nadia merayu.

"Nak tak nak..Ibu..Ibu terpaksa merelakan kamu,nak,"suara ibunya mula kedengaran serak.

 "Terima kasih,bu..Kalau kakak dah tak de nanti,ibu jagalah kawan kakak,Narisa baik-baik ya..Kakak sentiasa hidup dalam diri Narisa,"kata Nadia sambil air matanya mengalir dengan deras.

       Ibunya hanya mendiamkan diri.Ibunya berasa sedih kerana dia akan kehilang seorang anak perempuan yang amat disayanginya..

"Ibu..Kakak sayangkan ibu,"katanya sebelum meletak ganggang telefon.

       Nadia kemudiannya terus berlari mendapatkan Narisa..Ketika kakinya melangkah masuk ke bilik, kawannya itu sedang tidur..Wajahnya kelihatan cengkung dan tidak bermaya..Nadia membisikkan sesuatu kepada Narisa.

"Narisa,biar saya bantu awak kali ini..,"katanya dengan perlahan. 

       Nadia segera mendapatkan ibu Narisa..Dia memberitahu niatnya itu..Pada mulanya, ibu Narisa tidak mahu menerima..Tetapi,setelah digesa..Akhirnya,dia menerima dengan hati terbuka..

Pada waktu malam... 

      Malam itu, Nadia ditempatkan di bilik sama dengan Narisa.Nadia menyapa mesra kawannya itu..

"Hai Narisa! Macam mana keadaan kamu sekarang?"tanya Nadia.

"Hai..Macam ni lah,Nadia,"jawabnya hambar. 

"Narisa, cuba tengok bintang kat luar tu..Cantik kan?"Nadia cuba mengelak daripada membuat Narisa sedih.

 "Ya..Memang cantik..Seperti berlian,"kata Narisa.

"Hmm...Cuba awak lihat bintang yang bersinar terang tu,"Kata Nadia sambil menunjuk ke arah 2 bintang yang berkilauan.

"Ya,cantik sungguh sinarnannya..bintang tu lebih terang dari yang lain,"kata Narisa.

"Ya..Betul tu..Narisa..,"kata Nadia terhenti.

"Jika saya tiada satu saat nanti, awak tengoklah bintang yang bercahaya tu,"kata Nadia.

"Apa maksud awak,Nadia?"Narisa kehairanan.

"Tidak ada apalah..Cuma, kalau awak rasa rindu kan saya..awak tengokalah bintang tu ye.. Dua bintang yang bercahaya tu maksudnya persahabatan kita berdua. Satu bintang tu adalah saya dan yang lagi satu tu awak,Narisa,"kata Nadia.

         Pagi itu, pembedahan pemindahan jantung berlaku..Pembedahn tersebut memakan masa selama hampir 8 jam lamanya. Pembedahan tersebut berjaya dilakukan...Akhirnya, selepas seminggu, Narisa kembali sembuh seperti sediakala. Namun, keadaannya masih lemah..Setelah sebulan berada di sana, Narisa akhirnya dapat menjejakkan kakinya semula di sekolah.Namun, keadaan Nadia belum pulih..Hal ini telah banyak membawa kegusaran di hati ibunya..

         Suatu pagi yang hening, berita kematian Nadia menggemparkan suasana di SBPIJ.. Narisa juga agak terkejut abapila rakannya itu sudah tiada di sisi..Narisa kemudiannya bergegas ke hospital untuk melihat temannya itu..Ketika dia sedang melihat rakannya itu, ibu Nadia menyerahkan sesuatu kepada Narisa..Narisa mengambil dan membacanya..

 "Mak cik dah larang dia tulis,tapi dia nak tulis juga..Dia kata ini untuk kamu..sepanjang malam dia habiskan masa tulis surat ini untuk kamu,"kata ibu Nadia.

Narisa membukanya dengan hati-hati..dan membacanya..

Assalamualaikum Narisa,

   Hai Narisa =).. Saya tumpang gembira bila dengar awak sudah sihat sempurna macam orang lain...Saya amat gembira awak dah boleh bersekolah..Saya mahu awak jaga jantung awak seperti awak jaga diri awak sendiri..Ia milik awak sekarang...Maaflah, saya rasa perjalanan hidup saya akan berakhir di sini sahaja. Lagipun,saya sudah tak dapat tanggung lagi penderitaan ini...Biarlah saya pergi dengan tenang..Terima kasih sebab sudi jadi kawan saya.. Saya tak akan lupakan detik-detik kita bersama..Saya akan ingat sampai bila-bila,Narisa...Saya Hargai apa yang awak buat...Ingatlah..Saya selalu di hati awak..Seperti saya pernah kat dulu
"jika awak lihat bintang dilangit, carilah 2 bintang bercahaya..saya sentiasa ada di sisi awak,Narisa".
Sebelum saya akhiri, saya mahu lihat awak berjaya,Narisa..saya mahu awak berjaya mencapai cita-cita awak..Saya sayang awak,Narisa..Sampai sini dulu.. 
 
  Narisa menangis teresak-esak kerana terlalu tinggi nilai pengorbanan yang dilakukan oleh Nadia selama ini..
 
------------------------------------------------------------------------------
"Narisa ooooo Narisa,"jerit zika

Lamunan Narisa terhenti di situ..Dia mengesat air matanya..

"Oh maaf,Zika..Jap lagi saya sampai,"kata Narisa.

Narisa menutup lembaran diarinya dan menyimpannya di tempat yang selamat..Hatinya berkata sesuatu..
"Akanku gapai satu bintang untuk awak,Nadia,"getus hatinya.. 



 

0 KOMEN ANDA:

Post a Comment